Tuesday, 25 August 2015

Tehnik Trading Paling Simple



Bagi kawan-kawan yang masih mencari-cari teknik simple dan santai, bolehlah mencuba kaedah BOUNCE TRADES (trade follow trend) yang saya rumuskan ini.
Entry Rules (SELL)
1- EMA50(kuning) hendaklah berada di bawah EMA100(Biru)
2- CCI 14 hendaklah berada di atas level 100(overbought)
3- Reversal Candlestick Pattern(CSP), samada Evening Star ataupun Bearish Engulfing bounce(reject) di EMA50 ataupun di EMA100
4- Entry position,next candle setelah CSP terbentuk.
5- Stoploss 3 pip(+spread) di atas CSP
6- Take profit(TP Selamat) di support level terdekat

Manakala untuk Entry Rules BUY adalah sebaliknya.
Untuk entry sell, sila tunggu CSP muncul samada Bearish Engulfing atau Evening Star.
Manakala untuk buy, sila tunggu CSP muncul samada Bullish Engulfing atau Morning Star.
Untuk mengetahui bagaimanakah bentuk CSP yg saya maksudkan di atas, sila search di google image.
Untuk trade intraday bolehlah guna di timeframe H1. Manakala bagi kawan-kawan yang sibuk & masih berkerja bolehlah guna di timeframe H4 atau Daily.
Pairs yang saya sarankan adalah di Major Pair.
Untuk pengetahuan kawan-kawan Moving Average adalah dikategorikan dalam Dynamic Support Resistance.
Manakala CCI(Commodity Channel Index) digunakan untuk 'identifying cyclical trends'
Indicator yang saya gunakan adalah indi standard (default setting) yang ada dalam MT4 dan Smartphone. You can trade every where.
Rajin-rajinlah buat backtest, dan cubalah dulu trade di account demo.
Jika tiada setup duduk tepi, jangan gatal tangan

No comments:

Post a Comment

Entri Populer